Bahasa ialah satu sistem simbol yang
mempunyai makna. Bahasa digunakan untuk menyampaikan konsep, membuat pernyataan
dan bertindak sebagai alat komunikasi antara penutur dan pendengar. Bahasa
pertuturan biasanya bersifat sementara dan kekal lama. Pertuturan bukan sahaja
mencerminkan penutur malah kita dapat mengetahui jenis pekerjaan atau
profesyen, tahap pendidikan dan juga status sosialnya dalam masyarakat.
(Holmes, 2002) Dalam sebuah organisasi proses komunikasi merupakan asas
pembinaan segala aktiviti. Tanpa kewujudan komunikasi yang berkesan dalam
sesebuah organisasi segala aktiviti akan terbantut, menjadi kaku dan seterusnya
gagal (Jaafarn teras kepad Muhammad, 1996). Pengurus
organisasi yang boleh berkomunikasi dengan berkesan merupakaa
kejayaan organisasi tersebut. Kepentingan komunikasi dalam organisasi adalah
sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tanpanya tidak mungkin seseorang berinteraksi,
bertukar fikiran, dan menikmati perkembangan teknologi yang sering berubah.
(Mustaffah ,2005). 2 Kesopanan dapat dilihat melalui pertuturan dan kelakuan
seseorang. Kesopanan bermaksud perlakuan
sopan terhadap orang yang mendengar atau orang yang bertutur bagi tujuan
menghormatinya, di samping memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang sedang
bercakap agar dianggap berbudi. Kesantunan berbahasa merupakan satu bentuk
bahasa yang sopan agar masyarakat memandang tinggi terhadap orang yang
menggunakanya.(Teo,2002). Hampir keseluruhan
aktiviti sekolah bergantung penuh kepada keberkesanan sistem komunikasi yang
digunakan. Dengan komunikasi yang berkesan aktiviti – aktiviti berkaitan dengan
pengajaran dan pembembelajaran (P & P), serta pengurusan dan pentadbiran
sekolah dijalankan dengan jayanya. Komunikasi yang berkesan, merangkumi aspek kesopanan akan
membina kerjasama yang erat dan bersepadu dalam kalangan anggota organisasi.
Kerjasama yang baik ini akan memudahkan banyak urusan organisasi seperti
kerja-kerja rutin, aktiviti –aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan dalam
organisasi; serta usahausaha yang dilakukan untuk mencapai dalam matlamat
organisasi.
Thursday, 29 August 2019
Saturday, 24 August 2019
5.2.1- Fahami dan gunakan kata mengikut konteks: kata dasar,kata berimbuhan awalan dan akhiran.
Kata dasar
a.
Pelajar
menyenaraikan kata dasar.
- Set Induksi ( teka perkataan )
- Bersoal-jawab tentang tajuk pelajaran
“Mematuhi Peranan”.
- Menerangkan imbuhan awalan + kata dasar =
kata berimbuhan awalan.
- Aktiviti suaikan kata dasar dengan
imbuhan awalan yang sesuai.
- Dalam
lima kumpulan murid membaca dan melengkapkan empat tempat kosong dengan kata imbuhan yang sesuai berdasarkan kata dasar dan grafik
yang diberikan.
- Murid menyeneraikan lapan kata berimbuhan
awalan di dalam lembaran kerja.
- Murid membentangkan hasil perbincangan
mengikut kumpulan.
- Penutup: Murid merumus PdP.
Langkah PdP:
a.
Set Induksi ( dialog
kemerdekaan )
b.
Bersoal-jawab tentang tajuk pelajaran.
c.
Menerangkan kata dasar + imbuhan akhiran = kata berimbuhan akhiran.
d.
Aktiviti suaikan kata dasar dengan imbuhan akhiran yang sesuai.
e.
Dalam lima kumpulan murid
membaca dan melengkapkan tiga tempat kosong
dengan kata imbuhan akhiran
yang sesuai berdasarkan kata
dasar dan grafik yang diberikan.
f.
Murid membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.
g.
Aktiviti pengukuhan lembaran
kerja.
h.
Penutup: Murid merumus PdP.
Objektif KSSR mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 3 bertujuan
membolehkan murid mencapai objektif berikut:
membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Mendengar, mengecam dan menyebut ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan betul dan tepat.
2. Mendengar, memahami, dan memberi respons terhadap
ayat perintah.
3. Mendengar, mentafsir dan bertindak balas terhadap
soalan bertumpu dan bercapah.
4. Bertutur untuk menjelaskan serta menilai dan
membanding beza maklumat yang tersurat
menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara
bertatasusila mengikut konteks.
5. Membaca petikan dengan sebutan yang betul dan
intonasi yang sesuai serta memahaminya.
6. Membaca, mengenal pasti dan menerangkan, idea
daripada bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya.
7. Merangka dan menulis penulisan naratif dan bukan
naratif serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan
daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan
imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.
8. Berceritakan dengan menggunakan simpulan bahasa,
bandingan semacam dan perumpamaan yang sesuai
serta mengubahsuai cerita yang berunsur pengajaran
dan mempersembahkannya secara kreatif.
9. Melafazkan dan menjelaskan maksud pantun serta
mencipta pantun secara berpandu dan
mempersembahkannya.
10. Menyanyi dan menjelaskan
maksud lirik lagu serta
mengubahsuai lirik lagu secara berpandu dan
mempersembahkannya.
11. Mencipta secara berpandu puisi, melagukan syair dan
mendeklamasikan sajak serta memahami maksudnya.
12. Memahami dan menggunakan kata nama am, kata
nama khas, kata ganti nama serta penjodoh bilangan
mengikut konteks dengan betul.
13. Memahami dan menggunakan kata kerja, kata adjektif,
kata tugas mengikut konteks.
14. Memahami dan menggunakan kata dasar, kata
berimbuhan, kata majmuk dan kata ganda mengikut
konteks.
15. Memahami dan membina ayat seruan, ayat perintah
serta ayat tanya mengikut konteks.
16. Memahami dan mengaplikasi ayat tunggal dan ayat
majmuk mengikut konteks.
mengubahsuai lirik lagu secara berpandu dan
mempersembahkannya.
11. Mencipta secara berpandu puisi, melagukan syair dan
mendeklamasikan sajak serta memahami maksudnya.
12. Memahami dan menggunakan kata nama am, kata
nama khas, kata ganti nama serta penjodoh bilangan
mengikut konteks dengan betul.
13. Memahami dan menggunakan kata kerja, kata adjektif,
kata tugas mengikut konteks.
14. Memahami dan menggunakan kata dasar, kata
berimbuhan, kata majmuk dan kata ganda mengikut
konteks.
15. Memahami dan membina ayat seruan, ayat perintah
serta ayat tanya mengikut konteks.
16. Memahami dan mengaplikasi ayat tunggal dan ayat
majmuk mengikut konteks.
Top of Form
Bottom of Form
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks
KATA
GANDA
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi
Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada
bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Makna Penggandaan ialah menunjukkan banyak
(buku-buku), membentuk nama haiwan (biri-biri), membentuk benda yang menyerupai
(orang-orang) dan menunjukkan pelbagai jenis (kuih-muih).
Penggandaan terbahagi kepada tiga iaitu:
1.
Kata ganda seluruh/penuh
2.
Kata ganda separa
3.
Kata ganda berentak/berima
KATA GANDA SELURUH/PENUH
- Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang
diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
- Contoh kata ganda seluruh iaitu:
KATA NAMA
|
KATA KERJA
|
KATA ADJEKTIF
|
Buku-buku
|
Pusing-pusing
|
Cantik-cantik
|
Murid-murid
|
Geleng-geleng
|
Panjang-panjang
|
Meja-meja
|
Gelak-gelak
|
Merah-merah
|
- Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata
ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
PENGANDAAN
|
MAKNA JAMAK
|
MAKNA TUNGGAL
|
Api-api
|
Banyaknya api
|
Sejenis serangga
|
Kuda-kuda
|
Banyaknya kuda
|
Kayu penyangga
|
Anak-anak
|
Banyaknya anak
|
mainan
|
KATA
GANDA SEPARA
- Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan
suku kata pertama pada kata dasar dan kata terbitan.
Kata Tunggal
- Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah
penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vocal asal
suku kata pertama diulang dilemahkan menjadi vocal tengah.
- Bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf e. Contoh :
KATA DASAR
|
KATA GANDA
|
KATA GANDA SEPARA
|
Layang
|
Layang-layang
|
Lelayang
|
Kuda
|
Kuda-kuda
|
Kekuda
|
Tupai
|
Tupai-tupai
|
Tetupai
|
Siku
|
Siku-siku
|
Sesiku
|
Bola
|
Bola-bola
|
Bebola
|
Jari
|
Jari-jari
|
Jejari
|
Langit
|
Langit-langit
|
Lelangit
|
Kata Terbitan
· Penggandaan ini melibatkan kata
yang sduah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan
berlaku pada kata dasar
dengan dua cara.
1.
Kata dasar diulang sepenuhnya
dan awalan dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan
separa depan.
2.
Kata dasar diulang sepenuhnya
tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan
separa belakang. Pengulangan dipisahkan dengan tanda sengkang (-)
IMBUHAN
|
PENGGANDAAN SEPARA
|
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
|
Depan kata pertama
|
Penggandaan separa belakang
|
Bermain-main, menjerit-jerit,
tergaru-garu, melompat-lompat
|
Depan kata kedua
|
Penggandaan separa depan
|
Anak-beranak, kejar-mengejar
|
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
- Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
- Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang.
Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
JENIS KATA GANDA
|
CONTOH
|
CONTOH AYAT
|
Persamaan bunyi di hujung
|
Kuih-muih, lauk-pauk
|
Kuih-muih itu
terhidang di atas meja
|
Persamaan bunyi di pangkal
|
Batu-batan, bukit-bukau
|
Aktiviti gotong-royong akan
diadakan esok
|
Persesuaian bunyi keseluruhan
|
Kusut-masai, simpang-siur
|
Rambutnya kusut-masai kerana
ditiup angin.
|
POWERPOINT KATA GANDA :
5.2.2 Memahami dan menggunakan kata kata majmuk mangikut konteks
KATA
MAJMUK
Kata majmuk ada dua bentuk ejaan. Iaitu
ditulis secara terpisah dan bercantum.
Pada dasarnya, semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Terdapat tiga jenis kata majmuk yang ditulis secara terpisah.
1.
Kata majmuk yang terdiri
daripada rangkai kata bebas.
·
Contoh: guru besar, kapal
terbang, Perdana Menteri.
2.
Kata majmuk merupakan
istilah khusus.
·
Contoh: atur cara, lut sinar,
mata pelajaran.
3.
Kata majmuk yang membawa
maksud simpulan bahasa.
·
Contoh: kaki bangku, ringan
tulang, panjang tangan.
Kata
majmuk yang ditulis secara bercantum kerana
penggunaannya dianggap mantap sebagi
satu perkataan. Menurut Tatabahasa Dewan, antara kata majmuk yang ditulis
secara bercantum ialah:
Antarabangsa
|
Olahraga
|
Tanggungjawab
|
Beritahu
|
Matahari
|
Tandatangan
|
Kerjasama
|
Kakitangan
|
Warganegara
|
bumiputera
|
Setiausaha
|
Suruhanjaya
|
Golongan
Kata Majmuk
PERGOLONGAN KATA MAJMUK
|
CONTOH PERKATAAN
|
Kata Nama Majmuk
|
Guru besar, balai raya, cakar ayam,
warganegara, tandatangan
|
Kata Kerja Majmuk
|
Hapus kira, ambil alih, lipat ganda,
kenal pasti, terima kasih, bertanggungjawab
|
Kata Adjektif Majmuk
|
Merah jambu, baik hati, panas terik,
sukacita, dukacita
|
Kata Tugas Majmuk
|
Bagaimana, apabila, barangkali,
kadangkala, daripada, kepada
|
POWERPOINT KATA MAJMUK
5.3.2 Memahami dan Menggunakan Ayat Mengikut Konteks
Ayat majmuk ialah satu ayat yang menggabungkan dua ayat tunggal. Penggunaan kata hubung perlulah tepat bagi menghasilkan satu ayat majmuk yang lengkap. Oleh itu, adik-adik perlulah memahami fungsi setiap kata hubung bagi membolehkan adik-adik memilih kata hubung yang tepat semasa membina ayat majmuk. Seperti biasa saya akan berkongsi nota untuk membolehkan adik-adik meningkatkan pemahaman berkaitan kata hubung dan seterusnya menambah baik kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat tunggal.
Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan pelajar memilih kata hubung yang sesuai dan tepat bagi membina ayat majmuk yang lengkap.
Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan pelajar memilih kata hubung yang sesuai dan tepat bagi membina ayat majmuk yang lengkap.
AKTIVITI KAD GAMBAR
1) Guru mengagihkan satu keping kad kepada setiap pelajar
secara rawak.
2) Pelajar diberi masa untuk menganalisis gambar dan membina
ayat tunggal.
3) Pelajar diminta untuk berpasang-pasangan sesama rakan
sekelas.
4) Sepasang pelajar perlu menggabungkan ayat-ayat tunggal
mereka dan menyediakan satu potong ayat
majmuk yang lengkap menggunakan kata hubung yang betul.
5) Guru membimbing pelajar sepanjang aktiviti membina ayat
ini agar dapat membantu pelajar untuk membina dan menguasai pembinaan ayat
tunggal dan ayat majmuk.
5.3.1 Memahami dan Membina Ayat Mengikut Konteks
Kebiasaannya ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
Adik-adik perlulah menguasai pembinaan ayat-ayat ini berdasarkan situasi yang berlaku. Penguasaan pembinaan ayat amat penting bagi membantu adik-adik menghasilkan satu penulisan karangan yang baik. Di sini saya melampirkan nota-nota mengenai jenis-jenis ayat yang boleh adik-adik baca dan kongsikan bersama-sama rakan yang lain. Selamat membaca :)
Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam membina ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan.
AKTIVITI MEMBINA AYAT BERDASARKAN KAD SITUASI
1) Guru menyediakan kad yang mempunyai situasi-situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian pelajar.
2) Kad tersebut diedarkan kepada pelajar dan masa diberikan kepada pelajar untuk melalukan sesi perbincangan bersama rakan-rakan.
3) Pelajar-pelajar diminta untuk menerbitkan beberapa jenis ayat yang dapat dibentuk melalui situasi tersebut.
4) Pelajar-pelajar seterusnya diminta untuk berkongsi ayat yang telah dibina oleh mereka berdasarkan imaginasi mereka bersama dengan rakan-rakan di hadapan kelas.
Adik-adik boleh mempelajari dan mengenal pasti ayat silaan dan ayat larangan melalui video ini. Dengar dengan tekun, kenal pasti jenis ayat yang telah dituturkan dan keluarkan ayat-ayat berikut dalam bentuk penulisan. Selamat mencuba.
Sumber: https://youtu.be/bRTTmqiwGKo
Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam membina ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan.
AKTIVITI MEMBINA AYAT BERDASARKAN KAD SITUASI
1) Guru menyediakan kad yang mempunyai situasi-situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian pelajar.
2) Kad tersebut diedarkan kepada pelajar dan masa diberikan kepada pelajar untuk melalukan sesi perbincangan bersama rakan-rakan.
3) Pelajar-pelajar diminta untuk menerbitkan beberapa jenis ayat yang dapat dibentuk melalui situasi tersebut.
4) Pelajar-pelajar seterusnya diminta untuk berkongsi ayat yang telah dibina oleh mereka berdasarkan imaginasi mereka bersama dengan rakan-rakan di hadapan kelas.
Adik-adik boleh mempelajari dan mengenal pasti ayat silaan dan ayat larangan melalui video ini. Dengar dengan tekun, kenal pasti jenis ayat yang telah dituturkan dan keluarkan ayat-ayat berikut dalam bentuk penulisan. Selamat mencuba.
Sumber: https://youtu.be/bRTTmqiwGKo
Subscribe to:
Posts (Atom)