Saturday, 24 August 2019

5.2.2 Memahami dan menggunakan kata kata majmuk mangikut konteks


KATA MAJMUK

Kata majmuk ada dua bentuk ejaan. Iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya, semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Terdapat tiga jenis kata majmuk yang ditulis secara terpisah.

1.       Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
·         Contoh: guru besar, kapal terbang, Perdana Menteri.
2.       Kata majmuk merupakan istilah khusus.
·         Contoh: atur cara, lut sinar, mata pelajaran.
3.       Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
·         Contoh: kaki bangku, ringan tulang, panjang tangan.

Kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya dianggap mantap sebagi satu perkataan. Menurut Tatabahasa Dewan, antara kata majmuk yang ditulis secara bercantum ialah:

Antarabangsa
Olahraga
Tanggungjawab
Beritahu
Matahari
Tandatangan
Kerjasama
Kakitangan
Warganegara
bumiputera
Setiausaha
Suruhanjaya

Golongan Kata Majmuk

PERGOLONGAN KATA MAJMUK
CONTOH PERKATAAN
Kata Nama Majmuk
Guru besar, balai raya, cakar ayam, warganegara, tandatangan
Kata Kerja Majmuk
Hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, bertanggungjawab
Kata Adjektif Majmuk
Merah jambu, baik hati, panas terik, sukacita, dukacita
Kata Tugas Majmuk
Bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, daripada, kepada

POWERPOINT KATA MAJMUK

No comments:

Post a Comment