Thursday, 29 August 2019






Bahasa ialah satu sistem simbol yang mempunyai makna. Bahasa digunakan untuk menyampaikan konsep, membuat pernyataan dan bertindak sebagai alat komunikasi antara penutur dan pendengar. Bahasa pertuturan biasanya bersifat sementara dan kekal lama. Pertuturan bukan sahaja mencerminkan penutur malah kita dapat mengetahui jenis pekerjaan atau profesyen, tahap pendidikan dan juga status sosialnya dalam masyarakat. (Holmes, 2002) Dalam sebuah organisasi proses komunikasi merupakan asas pembinaan segala aktiviti. Tanpa kewujudan komunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi segala aktiviti akan terbantut, menjadi kaku dan seterusnya gagal (Jaafarn teras kepad Muhammad, 1996). Pengurus organisasi yang boleh berkomunikasi dengan berkesan merupakaa kejayaan organisasi tersebut. Kepentingan komunikasi dalam organisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tanpanya tidak mungkin seseorang berinteraksi, bertukar fikiran, dan menikmati perkembangan teknologi yang sering berubah. (Mustaffah ,2005). 2 Kesopanan dapat dilihat melalui pertuturan dan kelakuan seseorang.  Kesopanan bermaksud perlakuan sopan terhadap orang yang mendengar atau orang yang bertutur bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang sedang bercakap agar dianggap berbudi. Kesantunan berbahasa merupakan satu bentuk bahasa yang sopan agar masyarakat memandang tinggi terhadap orang yang menggunakanya.(Teo,2002). Hampir keseluruhan aktiviti sekolah bergantung penuh kepada keberkesanan sistem komunikasi yang digunakan. Dengan komunikasi yang berkesan aktiviti – aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembembelajaran (P & P), serta pengurusan dan pentadbiran sekolah dijalankan dengan jayanya. Komunikasi yang berkesan, merangkumi aspek kesopanan akan membina kerjasama yang erat dan bersepadu dalam kalangan anggota organisasi. Kerjasama yang baik ini akan memudahkan banyak urusan organisasi seperti kerja-kerja rutin, aktiviti –aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan dalam organisasi; serta usahausaha yang dilakukan untuk mencapai dalam matlamat organisasi. 





Saturday, 24 August 2019

5.2.1- Fahami dan gunakan kata mengikut konteks: kata dasar,kata berimbuhan awalan dan akhiran.


Kata dasar






a.    Pelajar menyenaraikan kata dasar.




Kata Imbuhan Awalan 




 Langkah PdP:
  1. Set Induksi  ( teka perkataan )
  2. Bersoal-jawab tentang tajuk pelajaran “Mematuhi Peranan”.
  3. Menerangkan imbuhan awalan + kata dasar = kata berimbuhan awalan.
  4. Aktiviti suaikan kata dasar dengan imbuhan awalan yang sesuai.
  5. Dalam  lima kumpulan murid membaca dan melengkapkan empat  tempat kosong  dengan kata imbuhan yang  sesuai berdasarkan kata dasar dan grafik yang diberikan.
  6. Murid menyeneraikan lapan kata berimbuhan awalan di dalam lembaran kerja.
  7. Murid membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.
  8. Penutup: Murid merumus PdP.

 Kata imbuhan akhiran


Langkah PdP:

a.    Set Induksi  ( dialog kemerdekaan )
b.    Bersoal-jawab tentang tajuk pelajaran.
c.    Menerangkan kata dasar + imbuhan akhiran = kata berimbuhan akhiran.
d.    Aktiviti suaikan kata dasar dengan imbuhan akhiran yang sesuai.
e.    Dalam  lima kumpulan murid membaca dan melengkapkan  tiga  tempat kosong  dengan kata imbuhan akhiran  yang  sesuai berdasarkan kata dasar dan grafik yang diberikan.
f.     Murid membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.
g.    Aktiviti pengukuhan  lembaran kerja.
h.    Penutup: Murid merumus PdP.




Objektif KSSR mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 bertujuan
membolehkan murid mencapai objektif berikut:

1. Mendengar, mengecam dan menyebut ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan betul dan tepat.
2. Mendengar, memahami, dan memberi respons terhadap
ayat perintah.
3. Mendengar, mentafsir dan bertindak balas terhadap
soalan bertumpu dan bercapah.
4. Bertutur untuk menjelaskan serta menilai dan
membanding beza maklumat yang tersurat
menggunakan idea yang kritis dan kreatif secara
bertatasusila mengikut konteks.
5. Membaca petikan dengan sebutan yang betul dan
intonasi yang sesuai serta memahaminya.
6. Membaca, mengenal pasti dan menerangkan, idea
daripada bahan bukan sastera dan bahan sastera serta
mempersembahkannya.
7. Merangka dan menulis penulisan naratif dan bukan
naratif serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan
daripada aspek ejaan, tanda baca dan penggunaan
imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.
8. Berceritakan dengan menggunakan simpulan bahasa,
bandingan semacam dan perumpamaan yang sesuai
serta mengubahsuai cerita yang berunsur pengajaran
dan mempersembahkannya secara kreatif.
9. Melafazkan dan menjelaskan maksud pantun serta
mencipta pantun secara berpandu dan
mempersembahkannya.
10. Menyanyi dan menjelaskan maksud lirik lagu serta
mengubahsuai lirik lagu secara berpandu dan
mempersembahkannya.
11. Mencipta secara berpandu puisi, melagukan syair dan
mendeklamasikan sajak serta memahami maksudnya.
12. Memahami dan menggunakan kata nama am, kata
nama khas, kata ganti nama serta penjodoh bilangan
mengikut konteks dengan betul.
13. Memahami dan menggunakan kata kerja, kata adjektif,
kata tugas mengikut konteks.
14. Memahami dan menggunakan kata dasar, kata
berimbuhan, kata majmuk dan kata ganda mengikut
konteks.
15. Memahami dan membina ayat seruan, ayat perintah
serta ayat tanya mengikut konteks.
16. Memahami dan mengaplikasi ayat tunggal dan ayat
majmuk mengikut konteks.
Top of Form
Bottom of Form


5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks


KATA GANDA

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Makna Penggandaan ialah menunjukkan banyak (buku-buku), membentuk nama haiwan (biri-biri), membentuk benda yang menyerupai (orang-orang) dan menunjukkan pelbagai jenis (kuih-muih).
Penggandaan terbahagi kepada tiga iaitu:
1.       Kata ganda seluruh/penuh
2.       Kata ganda separa
3.       Kata ganda berentak/berima

KATA GANDA SELURUH/PENUH
  • Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
  • Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 
KATA NAMA
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
Buku-buku
Pusing-pusing
Cantik-cantik
Murid-murid
Geleng-geleng
Panjang-panjang
Meja-meja
Gelak-gelak
Merah-merah

  • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN
MAKNA JAMAK
MAKNA TUNGGAL
Api-api
Banyaknya api
Sejenis serangga
Kuda-kuda
Banyaknya kuda
Kayu penyangga
Anak-anak
Banyaknya anak
mainan


KATA GANDA SEPARA
  • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata dasar dan kata terbitan. 
Kata Tunggal
  • Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vocal asal suku kata pertama diulang dilemahkan menjadi vocal tengah.
  • Bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e. Contoh :

KATA DASAR
KATA GANDA
KATA GANDA SEPARA
Layang
Layang-layang
Lelayang
Kuda
Kuda-kuda
Kekuda
Tupai
Tupai-tupai
Tetupai
Siku
Siku-siku
Sesiku
Bola
Bola-bola
Bebola
Jari
Jari-jari
Jejari
Langit
Langit-langit
Lelangit

       Kata Terbitan
·                  Penggandaan ini melibatkan kata yang sduah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan 
             berlaku pada kata dasar dengan dua cara.
1.       Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau penggandaan separa depan.
2.       Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan dipisahkan dengan tanda sengkang (-)


IMBUHAN
PENGGANDAAN SEPARA
CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN
Depan kata pertama
Penggandaan separa belakang
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Depan kata kedua
Penggandaan separa depan
Anak-beranak, kejar-mengejar


KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
  • Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
  • Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

JENIS KATA GANDA
CONTOH
CONTOH AYAT
Persamaan bunyi di hujung
Kuih-muih, lauk-pauk
Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di pangkal
Batu-batan, bukit-bukau
Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok
Persesuaian bunyi keseluruhan
Kusut-masai, simpang-siur
Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.


POWERPOINT KATA GANDA :

5.2.2 Memahami dan menggunakan kata kata majmuk mangikut konteks


KATA MAJMUK

Kata majmuk ada dua bentuk ejaan. Iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya, semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Terdapat tiga jenis kata majmuk yang ditulis secara terpisah.

1.       Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
·         Contoh: guru besar, kapal terbang, Perdana Menteri.
2.       Kata majmuk merupakan istilah khusus.
·         Contoh: atur cara, lut sinar, mata pelajaran.
3.       Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
·         Contoh: kaki bangku, ringan tulang, panjang tangan.

Kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya dianggap mantap sebagi satu perkataan. Menurut Tatabahasa Dewan, antara kata majmuk yang ditulis secara bercantum ialah:

Antarabangsa
Olahraga
Tanggungjawab
Beritahu
Matahari
Tandatangan
Kerjasama
Kakitangan
Warganegara
bumiputera
Setiausaha
Suruhanjaya

Golongan Kata Majmuk

PERGOLONGAN KATA MAJMUK
CONTOH PERKATAAN
Kata Nama Majmuk
Guru besar, balai raya, cakar ayam, warganegara, tandatangan
Kata Kerja Majmuk
Hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, bertanggungjawab
Kata Adjektif Majmuk
Merah jambu, baik hati, panas terik, sukacita, dukacita
Kata Tugas Majmuk
Bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, daripada, kepada

POWERPOINT KATA MAJMUK

5.3.2 Memahami dan Menggunakan Ayat Mengikut Konteks

Ayat majmuk ialah satu ayat yang menggabungkan dua ayat tunggal. Penggunaan kata hubung perlulah tepat bagi menghasilkan satu ayat majmuk yang lengkap. Oleh itu, adik-adik perlulah memahami fungsi setiap kata hubung bagi membolehkan adik-adik memilih kata hubung yang tepat semasa membina ayat majmuk. Seperti biasa saya akan berkongsi nota untuk membolehkan adik-adik meningkatkan pemahaman berkaitan kata hubung dan seterusnya menambah baik kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat tunggal. 



Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan pelajar memilih kata hubung yang sesuai dan tepat bagi membina ayat majmuk yang lengkap.




AKTIVITI KAD GAMBAR



1) Guru mengagihkan satu keping kad kepada setiap pelajar secara rawak.


2) Pelajar diberi masa untuk menganalisis gambar dan membina ayat tunggal.

3) Pelajar diminta untuk berpasang-pasangan sesama rakan sekelas.

4) Sepasang pelajar perlu menggabungkan ayat-ayat tunggal mereka dan  menyediakan satu potong ayat majmuk yang lengkap menggunakan kata hubung yang betul.

5) Guru membimbing pelajar sepanjang aktiviti membina ayat ini agar dapat membantu pelajar untuk membina dan menguasai pembinaan ayat tunggal dan ayat majmuk.


5.3.1 Memahami dan Membina Ayat Mengikut Konteks

Kebiasaannya ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Adik-adik perlulah menguasai pembinaan ayat-ayat ini berdasarkan situasi yang berlaku. Penguasaan pembinaan ayat amat penting bagi membantu adik-adik menghasilkan satu penulisan karangan yang baik. Di sini saya melampirkan nota-nota mengenai jenis-jenis ayat yang boleh adik-adik baca dan kongsikan bersama-sama rakan yang lain. Selamat membaca :)




Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam membina ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan. 

 AKTIVITI MEMBINA AYAT BERDASARKAN KAD SITUASI 

1) Guru menyediakan kad yang mempunyai situasi-situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian pelajar. 
2) Kad tersebut diedarkan kepada pelajar dan masa diberikan kepada pelajar untuk melalukan sesi perbincangan bersama rakan-rakan. 
3) Pelajar-pelajar diminta untuk menerbitkan beberapa jenis ayat yang dapat dibentuk melalui situasi tersebut.
4) Pelajar-pelajar seterusnya diminta untuk berkongsi ayat yang telah dibina oleh mereka berdasarkan imaginasi mereka bersama dengan rakan-rakan di hadapan kelas.

 

Adik-adik boleh mempelajari dan mengenal pasti ayat silaan dan ayat larangan melalui video ini. Dengar dengan tekun, kenal pasti jenis ayat yang telah dituturkan dan keluarkan ayat-ayat berikut dalam bentuk penulisan. Selamat mencuba.

Sumber: https://youtu.be/bRTTmqiwGKo